Langkah memotong perkhidmatan pembetungan jenis bersambung ke premis rumah kedai di ibu negara merupakan tindakan tegas yang perlu diambil selepas amaran dikeluarkan kepada pihak yang berkaitan.<br />Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium (IWK) , Narendran Maniam selain membuat lawatan ke premis yang terbabit pihaknya sudah berulang kali menjalankan program kesedaran bagi menggalakkan pelanggannya melangsaikan hutang.