Tiga remaja yang dipercayai terlibat dengan kes kematian seorang pelajar cilik pusat tahfiz minggu lalu direman sehingga Khamis depan.<br />Mohammad Aimin Nurul Amin, tujuh tahun, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lanchang, Temerloh selepas ditemukan dalam keadaan lemah di pusat tahfiz di Kampung Kuala Kaung, Lanchang.
