Institut pengajian tinggi awam mahupun swasta diminta agar mewujudkan lebih banyak perkhidmatan jurubahasa isyarat untuk memberi lebih banyak peluang dan akses pendidikan kepada komuniti pekak.<br /><br />Menurut Setiausaha Persekutuan Orang Pekak Malaysia, Eaminoor Zakiah Mad Zuki, walaupun tidak ramai komuniti pekak di peringkat IPTA / IPTS namun usaha untuk meningkatkan bilangan itu perlu dilakukan.
