Pemimpin pembangkang Kemboja yang kini dalam buangan, Sam Rainsy menghargai sokongan yang berikan oleh Ahli Parlimen Malaysia terhadap demokrasi di negaranya.<br />Menurut Rainsy, sokongan dari Anggota Parlimen Malaysia jelas apabila beliau dan Naib Presiden Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) Mu Sochua dijemput untuk mengadakan mesyuarat tertutup di bangunan parlimen pada Selasa.
