Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad memaklumkan bahawa banyak inisiatif hijau telah dilaksanakan oleh pihak PLANMalaysia bagi memastikan usaha merealisasikan perancangan ke arah bandar masa depan yang sejahtera dan mampan. <br /><br />Inisiatif-inisiatif menghijaukan bandar juga dipergiatkan lagi sebagai usaha untuk menyokong agenda pembangunan mampan bagi menangani masalah alam sekitar serta mewujudkan persekitaran bandar-bandar yang lebih berkualiti.
