Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) meminta rakyat mengubah mentaliti jika ingin mengelak bencana terutama banjir kilat berulang di kawasan mereka.<br /><br />Selain taburan hujan luar biasa, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Pasca Bencana Nadma, Mohamed Zahari Razali mengingatkan, aktiviti pembuangan sampah secara tidak terkawal turut menyumbang kepada banjir.
