Empat pingat emas menjadi sasaran Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) dalam Sukan SEA ke-30 yang bakal berlangsung di Manila, Filipina pada 30 November hingga 11 Disember 2019 ini.<br /><br />Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MSA, Mazlan Othman pihaknya yakin atlet pasukan pelayaran negara mampu mempamerkan aksi cemerlang pada temasya sukan dwi tahunan itu.
