Selepas Muhammad Safawi Rasid disahkan tidak tersenarai saingan Sukan SEA, nampaknya hasrat peminat bola sepak untuk menyaksikan pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal juga tidak kesampaian.<br /><br />Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain berusia 21 tahun itu, tidak tersenarai berikutan masalah dokumentasi yang tidak dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain.
