Belajar Bahasa Mandarin ketika kelas mengaji. Itulah keunikan kelas mengaji Al-Quran sekumpulan suri rumah di Taman Chempedak, Tasek Gelugor, Pulau Pinang sejak dua bulan lalu.<br /><br />Kelas Bahasa Mandarin tersebut adalah aktiviti baru kumpulan suri rumah terbabit termasuk warga emas yang sebelum ini hanya belajar membaca Al-Quran, bahasa Arab dan Tajwid sejak 13 tahun lalu.
