Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa menolak permohonan untuk memindahkan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia membabitkan Exco Kerajaan negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.<br />Keputusan dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Radzi Harun selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan.