Kerajaan Kelantan akan memohon penganjuran Sukan Malaysia atau SUKMA pada tahun 2024 selepas mendapat maklum balas positif dari Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.<br />Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata Kelantan sudah mengkaji persiapan diperlukan untuk menjadi tuan rumah SUKMA dan yakin negeri Pantai Timur itu sudah bersedia.