Polis telah mengambil keterangan empat individu termasuk presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia MABA.<br />Ia bagi membantu siasatan kesalahan memaparkan visual bendera Malaysia yang mempunyai lima pecahan bintang ketika acara pembukaan Kejohanan Bola Keranjang Milo Lum Mun Chak ke-28 di sebuah stadium pada Isnin.
