Kekurangan Ahli Parlimen kerajaan di dalam Dewan Rakyat hari ini hampir menggagalkan kelulusan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.<br />Bagaimanapun, Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul menegaskan, ketidakhadiran ini adalah ekoran keletihan Ahli Parlimen serta pelbagai program yang perlu mereka hadiri.