Sukan SEA Filipina 2019.<br />Pasukan bola jaring wanita negara mencatatkan kemenangan kedua dengan menewaskan tuan rumah Filipina 88 berbalas 25 untuk berada atas landasan ke separuh akhir.<br />Selepas mencatatkan kemenangan 62 berbalas 42 ke atas Thailand untuk membuka kempen mempertahankan pingat emas, skuad bola jaring negara menyusul dengan kemenangan mudah ke atas Filipina.