Sukan olahraga sentiasa menjadi tumpuan di mana-mana temasya berprestij termasuk sukan sea kerana ia bukan saja menawarkan jumlah pingat terbesar malah ia turut menampilkan acara riben biru yang dinanti peminat bagi menobatkan pelari terpantas rantau ini.<br />Bagi Bekas Raja Pecut Asia Tenggara Nazmizan Muhammad, beliau menyasarkan lapan pingat emas mampu diraih oleh skuad olahraga negara dalam temasya sukan SEA Filipina tahun depan.
