Kajian hukuman menggantikan hukuman mati mandatori yang sedang dilaksanakan pada masa ini, dijangka dapat dibentangkan kepada kerajaan selewat-lewatnya hujung bulan Januari tahun depan.<br />Menurut Pengerusi Kajian Hukuman Gantian Hukuman Mati Terhadap Hukuman Mati Mandatori, Tan Sri Richard Malanjum berkata, pelbagai maklumbalas yang diterima setakat ini tanpa ada satu hitam putih.<br />Katanya ada responden meminta supaya hukuman mati mandatori dimansuhkan, ada yang meminta hukuman gantian dan ada juga yang meminta dikekalkan.
