Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mensasarkan jumlah kutipan keseluruhan untuk tahun 2019 meningkat kepada 710 juta ringgit, daripada 650 juta yang dikutip tahun lepas.<br />Ketua Pegawai Eksekutif Syukri Yusoff berkata, walaupun tahun 2019 hanya berbaki sebulan sahaja lagi, namun beliau percaya jumlah itu dapat dicapai dengan pelancaran kempen Year End Zakat (YEZ) 2019.
