Mahkamah Rayuan Kota Kinabalu pada Khamis menolak dengan kos, rayuan Tan Sri Musa Aman terhadap penolakan samannya dalam mencabar pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.<br /><br />Ketiga tiga hakim terdiri daripada Datuk Kamardin Hashim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Datuk Rhodzariah Bujang membenarkan bantahan awal responden untuk membatalkan rayuan tesebut.