Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi, MIGHT mengesahkan anak syarikatnya Venture-Tech Sdn Bhd ada melakukan pelaburan RM20 juta kepada syarikat aplikasi dron Aerodyne Group pada 1 November lalu.<br /><br />Bagaimanapun, pelaburan itu bukan digunakan untuk pembangunan kereta terbang.<br /><br />Perkara berkenaan disahkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Yusoff Sulaiman kepada Astro AWANI pada Jumaat.
