Ketika ini, Pantai Timur semenanjung Malaysia menerima taburan hujan yang tinggi.<br />Di Terengganu umpamanya, air mula naik sejak dua hari lalu.<br />Bagaimanapun, sudah ada usaha bagi memastikan bencana banjir dapat diuruskan demi memastikan natijah kepada rakyat dapat dikurangnya.<br />Afiq Arrifin mengunjungi stesen-stesen janakuasa Kenyir di Hulu Terengganu, bagi melihat bagaimana operasi stesen yang dibina untuk menghasilkan tenaga elektrik itu turut mampu membantu mengurangkan risiko bencana banjir.
