Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan dirinya sebagai pemain tengah atau midfielder buat parti keramat orang Melayu itu.<br /><br />Ia kerana jelasnya, beliau berperanan sebagai individu yang mencorakkan strategi untuk parti itu lebih utuh terutamanya menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU 15).