20.7 peratus kanak-kanak di Malaysia terbantut, berbanding hanya 7.4 peratus di Gaza, Palestin yang dibelenggu konflik.<br /><br />Bagi mengelak masalah terbantut, ibu bapa memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak mendapat nutrisi yang mencukupi dalam 1000 hari pertama dalam hayat anak mereka.<br /><br />Kata Prof Dr Hazreen Abdul dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, ini bermula dengan mengubah gaya pemakanan ibu bapa sendiri.
