Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019 pagi ini dicemari dengan insiden pergaduhan apabila pihak keselamatan cuba menghalang bekas Pengerusi Tetap AMK Mizan Adli Md Noor dari memasuki tempat persidangan.<br /><br />Selain itu, pihak keselamatan turut cuba menghalang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dari memasuki kawasan berkenaan, menyebabkan berlakunya pertembungan dengan penyokong individu berkenaan.
