Polis menahan dua individu dipercayai terlibat dengan provokasi susulan insiden kekecohan persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019 pagi Jumaat.<br />Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, mereka yang ditahan merupakan ahli PKR dari ibu negara dan Klang, Selangor yang mana masing-masing berusia 29 dan 30 tahun.
