Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memutuskan pengganti sesuai bagi membimbing skuad bawah 22 tahun negara dalam tempoh tiga bulan.<br />Pada masa sama Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam turut mengakui sukar untuk mencari ganti Datuk Ong Kim Swee yang telah banyak menyumbang untuk pasukan serta persatuan itu.
