Kepimpinan Pakatan Harapan tidak mencampuri masalah dalaman membabitkan Presiden dan Timbalan Presiden PKR yang berlaku ketika ini, sebaliknya menganggap ianya adalah urusan dalaman parti itu.<br /><br />Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebarang perselisihan faham dalam parti politik di Malaysia adalah normal dan krisis dalam PKR sentiasa diberi perhatian kerana PKR sebahagian Pakatan Harapan.
