Kepimpinan Parti Amanah digesa tidak meminggirkan usaha keras dan pengorbanan yang dilakukan perwakilan wanita terhadap pembangunan parti.<br /><br />Bekas Ketua Wanita Amanah, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, wanita di akar umbi dilihat lebih bertungkus-lumus dalam mendekati rakyat berbanding perwakilan pemuda.<br /><br />Ujarnya, Konvensyen Amanah kali ini dilihat telah dimonopoli golongan lelaki berbanding sebelum ini.
