Gara-gara permintaannya tidak di layan, seorang anak mengugut mahu membakar rumah bapanya.<br />Bagaimanapun tertuduh, Muhamad Izwan Hafies Mat Jusoh, 24 tahun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.<br />Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mahu membakar rumah Mat Jusoh Abdullah, 57 tahun pada 6 Disember lalu.
