Pihak polis tidak menolak kemungkinan memanggil Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan yang berlaku pada Kongres AMK 2019, Jumaat lalu.<br />Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim setakat ini enam individu berusia 19 hingga 30 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut seksyen 148 kanun keseksaan.