Atlet lompat kijang negara Muhammad Hakimi Ismail menepati statusnya sebagai Jaguh Lompat Kijang Asia Tenggara apabila merangkul pingat emas buat kali ketiga di temasya Sukan SEA.<br />Di Sukan SEA edisi ke-30 Filipina, atlet berusia 28 tahun itu melakukan catatan peribadi terbaik pada jarak 16.68 meter menerusi lompatan ketiga di Stadium Olahraga New Clark City pada Selasa.
