Bagi memastikan sasaran kutipan Zakat berjumlah 710 juta ringgit tercapai, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengadakan kempen Year End Zakat (YEZ) 2019.<br />Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff menjelaskan selain untuk mencapai sasaran, kempen YEZ juga dijalankan sebagai peringatan dan galakan untuk segera membayar zakat sebelum 31 Disember.
