Sabah menjadi negeri pertama mengisytiharkan 24 Disember sebagai cuti am tambahan sempena perayaan Krismas setiap tahun, bermula tahun ini.<br /><br />Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada perasmian Majlis Sambutan Perayaan Krismas Kota Kinabalu 2019 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Rabu malam.<br /><br />Jelasnya, cuti am tambahan itu dapat membolehkan mereka yang menyambut Krismas pulang ke kampung masing-masing lebih awal.
