Polis mahu melihat akuan bersumpah yang mendakwa bekas Perdana Menteri Najib Abdul Razak terbabit dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu terlebih dahulu, sebelum memutuskan tindakan seterusnya.<br /><br />Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamad menjelaskan, pihak berkuasa itu perlu mengesahkan akuan bersumpah, yang dibuat oleh bekas anggota unit tindakan khas Azilah Hadri.
