Kementerian Pendidikan tidak bercadang untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak 50 peratus kepada semua penghutang PTPTN.<br />Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata sekiranya insentif itu hendak dilaksanakan, kerajaan perlu membelanjakan sebanyak 29 bilion ringgit iaitu 50 peratus daripada keseluruhan pinjaman yang telah dikeluarkan setakat ini.
