Kerajaan Kelantan menyasarkan kemasukan pelancong asing dan domestik mencecah 5.5 juta pada tahun depan, Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.<br />Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri, Datuk Md Anizam Abdul Rahman memaklumkan sasaran itu mampu dicapai selepas syarikat penerbangan Firefly melancarkan laluan baru penerbangan dari Johor Bharu-Kota Bharu tiga kali seminggu.
