Buku khas bertajuk 'memacu negara' oleh Indah Water Konsortium (IWK) mengupas secara ringkas lipatan sejarah sejak penubuhannya pada 1994 di samping merekodkan peristiwa penting sepanjang perkhidmatan syarikat.<br />Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam menjelaskan, 2019 merupakan tahun yang bermakna kepada syarikat kerana bukan sahaja mencapai usia 25 tahun tetapi memperolehi beberapa pencapaian yang membantu kecekapan perkhidmatan.
