Kedudukan Malaysia dalam Indeks Jurang Gender Global 2020 turun tiga anak tangga berbanding tahun lalu.<br />Malaysia kini berada di kedudukan ke 104 daripada 153 negara dalam indeks yang diterbitkan World Economic Forum itu, sekali gus melihatkan Malaysia pada kedudukan lebih rendah berbanding negara-negara seperti Nepal, Senegal, Lesotho dan Uganda.
