Lima maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta yang bertembung dengan sebuah lori di kilometer 427 Lebuh Raya Plus arah utara ke selatan, awal pagi Jumaat.<br />Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.45 pagi dan tiba 23 minit kemudian pada jarak 20 kilometer dari tempat kejadian.