Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan ikrarnya mengangkat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Azilah Hadri berhubung pembabitan beliau dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.<br /><br />Lafaz angkat sumpah laknat itu dilakukan Ahli Parlimen Pekan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur sejurus berakhir solat Jumaat.