Suami isteri mengaku tidak bersalah atas dakwaan memperdagangkan pembantu rumah warga Indonesia dengan eksploitasi pengabdian sejak lapan tahun lepas.<br /><br />Tertuduh J. Jayamalar, 36 tahun, dan suaminya, v. Chandru, 35 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Hakim Azman Abu Hassan.