Banjir gelombang pertama dan kedua yang melanda Kelantan awal Disember dan beberapa hari lalu merekodkan lima kematian akibat lemas.<br /><br />Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanuddin Hassan berkata, gelombang pertama banjir yang berlaku bermula akhir November dan awal Disember lepas menyaksikan tiga kematian.