Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin diberitahu, setakat ini belum pernah ada kes kebakaran berpunca daripada letupan telefon jenis Blackberry.<br />Ini diberitahu oleh saksi pendakwaan ke-15 kes bunuh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan, Pegawai Penyiasat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Abdul Halim Zulkefeli.
