Berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dianggarkan lebih 2 juta penduduk somalia sedang diancam kebuluran serta penularan wabak penyakit berikutan ketiadaan sumber air bersih untuk kegunaan minuman dan aktiviti harian.

Justeru bagaimana mereka meneruskan kehidupan dalam kemarau yang melanda lebih empat dekad?

Sejauh mana tahap kritikal rakyat somalia berdepan kekangan mendapatkan akses kepada sumber air bersih?

Bersama Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia, yang ke Somalia baru-baru ini.