Kawasan luar bandar perlu menjadi fokus kepada usaha pembangunan ekonomi digital pada tahun 2020 lantaran tahap pendedahan penggiat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang masih lemah.<br />Pakar Ekonomi, Dr. Madeline Berma berkata penggunaan telefon pintar sahaja tidak memadai untuk meletakkan para iks luar bandar di tahap yang membanggakan dalam penggunaan ekonomi digital.
