Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memberi amaran... Mutu perkhidmatan awam boleh terjejas jika pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) dilaksanakan.<br />Presidennya, Adnan Mat menyifatkannya sebagai langkah terbelakang kerana wujudnya dua bayaran upah yang berbeza untuk jawatan.