Seorang anggota polis maut selepas dipercayai menembak diri sendiri ketika bertugas di Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor, awal pagi ini.<br />Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad, kejadian berlaku pada pukul 3.55 pagi semasa anggota itu sedang bertugas dalam operasi sekatan jalan raya di kawasan tersebut.