Tiga maut termasuk seorang penyerang dalam insiden tembakan rambang di sebuah gereja berhampiran Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat pada Ahad.<br />Kejadian itu dirakam melalui penstriman langsung yang dijalankan oleh gereja 'West Freeway Church Of Christ' di White Settlement, Texas.
