Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melabuh tirai 2019 dengan merekodkan kutipan bayaran balik sebanyak 2.07 bilion ringgit, berbanding dua bilion ringgit sasaran awal sebelum ini.<br />Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata, budaya membayar balik pinjaman PTPTN dalam kalangan peminjam meningkat kepada 82.5 peratus setakat 30 November lepas, berbanding 81.3 peratus pada 31 Disember 2018.
