Pelekat tulisan jawi yang diletakkan pada papan tanda dan iklan di seluruh negeri Pahang perlu dapat dilihat dengan jelas oleh orang ramai dan diletakkan di bahagian atas.<br />Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Abdul Rahim Muda berkata mana-mana peniaga yang didapati ingkar, akan dikenakan kompaun sehingga 250 ringgit bagi satu kesalahan dan sekiranya mereka masih enggan mematuhi, tindakan pembatalan lesen akan dikenakan.