Dua saudara lelaki hanya mampu menangis teresak - esak di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas masing-masing didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang gadis berusia 15 tahun, dua minggu lalu.<br />Tertuduh, Muhammad Irwan Shah Samsudin, 21 tahun dan Muhammad Hafiz Abdullah, 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua kertas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norma Ismail.